Sunday, April 18, 2010
Banjir gelombang pertama tahun 2009 menenggelamkan padi seluruh kelantan.
Hujan selama 72 jam menyebabkan kawasan sawah menjadi tenggelam. Sawah padi sememangnya amat dekat dengan air dan mudah tenggelam, memang secara tabienya tanah yang dijadikan sawah adalah tanah rendah dan dekat dengan air.Adalah suatu yang tidak pelik sawah tenggelam banjir. Catatan... banjir tahun 2009 adalah lebih awal dari waktu biasa, kebiasaan banjir berlaku pada pertengahan bulan Disember tetapi tahun 2009 berlaku pada 20-25 November. Pesawah memulakan kerja menabur benih padi pada minggu pertama November terpaksa menabur ulangan kerana anak padi yang belum lekat akar hanyut oleh air banjir. Sesetengah pesawah menyulam petak-petak sawah mereka dengan anakpadi berumur 25-30hari yang dicabut dari kawasan yang agak tebal bagi mendapatkan keadaan pertumbuhan yang seragam dan memenuhi seluruh ruang sawah. Jika tidak dibuat sedemikian akan kelihatan bertompok-tompok kawasan yang tidak ditumbuhi pokok padi.
Sunday, April 11, 2010
Saturday, April 10, 2010
Tanaman padi penting untuk pertahanan negara..
Tidak ramai orang faham dan sedar akan kepentingan padi kepada kemakmuran negara. Mungkin dari itu banyak tanah-tanah padi telah ditanam dengan tanaman komoditi lain seperti getah dan kelapasawit. Prasana yang ada untuk kesesuaian padi dibiarkan menjadi rosak atau dimusnahkan serta kemungkinan untuk bertanam padi semula ditanah yang dahulunya adalah sawah sebelum ditanam getah atau kelapasawit adalah amat tipis sekali. Natijah dari pengurangan kawasan akan menyebabkan pengurangan kuantiti hasil padi atau beras. Hasil pengurangan menyebabkan ketidakcukupan terpaksa dipenuhi dengan bekalan dari luar iaitu "import". Bayangkan dalam suasana tiada keamanan maka negara lain juga kekurangan padi atau beras maka dalam situasi ini nak impot pun tidak berjaya.Nak bertanam padi tanah sendiri sudah tidak boleh hidup, nak pacak benih ubikayu pun ubikayu tidak nak hidup kerana tanah telah penuh dengan akar getah atau kelapasawit. Bayangkan ketika itu negara dalam tidak tenteram kerana musuh luar, senapang ada tetapi nak bimbit senapang pun tak larat kerana tak makan.Ubi tiada beras jauh sama sekali.
Subscribe to:
Posts (Atom)